Monday 11 February 2013

RTT tidak akan terima lagi Member baru!!

Gambar bonda dgn Dafi di Karnival buku Karangkraf.

Untuk Group Resepi Turun temurun, bonda tidak akan menerima member2 baru, cukuplah dengan member2 yang seramai 31k itu.
Sekarang kami sedang meneliti setiap ahli yang mana ada potensi untuk menimbulkan huruhara atau kontroversi akan kami nyahkan dari group ini.
Group RTT hanyalah untuk org2 yang inginkan kejayaan dan berfikiran positif sahaja.
Tujuan group diadakan adalah utk sama2 membangun dan menjadi sebuah organisasi yang kukuh dan kuat. Barulah setiap event itu akan berjaya. Selagi masih ada parasit2 yang akan menghasut ke arah tidak menyokong serta bersikap irihati, selagi itulah kebaikan dalam sebuah organinasi itu tidak akan mencapai kemajuan.

Perlu diingat, jika kita sudah sedia untuk masuk ke sebuah group itu bermakna kita haruslah menyokong segala tema dan syarat group tersebut. Jika tidak sesuai dengan kita, lebih baik kita berdiam diri atau keluar saja dari group itu.
Jangan pulak kita menjadi lebih sudu dari kuah. Siapalah kita dalam group itu. harap selpas ini member2 dalam group RTT lebih sedar dan insaf.

"Bulat air kena pembentung, bulat muafakat membawa berkat."

No comments: