Thursday 11 October 2012

TEMAN YANG DI RINDUI...BAB 1~BAB 9


TEMAN YANG DIRINDUI...

BAB 1

"Hahahaa... kikikik... hahaaa..."
"Saleh! nakal betul kau? Nasib baik, aku tak jatuh tertunggeng."

Ria marah-marah manja pada  kucing kesayangannya, Saleh. Aku pun gelihati kenapa Ria memberikan nama kucingnya itu dengan nama manusia.

"Ha ha ha haa... penatnya," tercungap-cungap Ria berlari dan ketawa.

Aku tersenyum sendirian melihat gelagat Ria, anak gadis kampung Pisang itu. Dia kesunyian, Saleh menjadi sahabat Ria siang dan malam. Ketawa dan bergurau.

"hahahaaaha... kikiki..." Ria ketawa lagi apabila Saleh mencelah dikakinya sewaktu sedang berlari.

"Tak apa. Esok, aku akan senyap-senyap keluar dari semak dan lari lebih jauh... biar Saleh tak dapat kejar aku..." Bisik Ria sambil tersenyum puas.

Saleh sudah lama sampai di beranda rumah. Aku nampak lidahnya terjelir-jelir. Kepenatan.
Nafasnya turun naik dengan pantas. Saleh adalah seekor kucing kampung jantan, yang gemuk dan cantik. Bulu pada badannya warna oren, berbelang-belang. Ekornya panjang, berbulu lebat dan gebu.

Ria membawa satu baldi air yang baru diambilnya dari sebuah perigi di hadapan dapur rumahnya itu lalu menuju ke sebuah tandas. Tandas itu di perbuat daripada susunan daun kelapa kering dan diikat bersama batang-batang buluh yang telah dibelah dua.Tandas itu bukan untuk buang air besar tetapi cuma untuk buang air kecil sahaja dan untuk cebuk setelah buang air besar di dalam semak.

"Saleh..kau jangan ikut aku, pergi!..." Jerit Ria kepada saleh sambil menyimbah air telaga yang dingin itu ke badan saleh. Saleh terkejut dan terus berlari keluar.

Saleh sangat manja, ke mana saja Ria berada, pasti ada saleh. Saleh tahu saja kemana Ria pergi.

Lucu sangat.

Pada tahun 1970an. Kebanyakan Rumah-rumah dalam kampung itu, adalah rumah papan. Cuma ada beberapa buah rumah sahaja yang di bina separuh batu-bata dan separuh lagi dengan kayu. Selalunya orang-orang yang berada seperti guru dan yang berkemampuan sahaja yang akan membuat simen di bahagian dapur dan di sertakan tandas sekali di dalam rumah.

"Mak, teman Ria..."

"Ria nak...buang air besar." Pada waktu malam, Ria tidak berani untuk pergi buang air jauh-jauh ke dalam semak.

"Cangkul ada tersandar di belakang dapur, bawa pelita ni."

"Takut..." Rengek Ria minta di temani emaknya.

"Salehkan ada... biar dia teman" Emak Ria tersenyum.

Saleh memang teman Ria yang sangat setia. Ria mencangkul tanah di belakang dapur dan mencangkung. Jika ada Saleh, memang Ria tidak akan rasa takut. Ria memandang kesekelilingnya, manalah tahu kalau-kalau ada orang. Waktu itu pukul 10 malam, selalunya pada waktu-waktu begini orang-orang kampung dah mulai tidur. Emak Ria pun sedang membentangkan sebidang tikar dan sebidang lembek kekabu di atas tikar tersebut. Sesekali bunyi cengkerik memecah kesunyian malam yang dingin itu.

"Saleh..janganlah kacau..pergilah sana, tangkap cengkerik..menganggulah.." Ria geram dengan Saleh, manja sangat.

Saleh bagikan faham apa yang di suruh Ria, dia pergi merayap di bawah pohon durian. Dari jauh matanya nampak bersinar. kalau Ria tidak perasankan Saleh, tentu Ria akan takut.

Aku masih ingat lagi pertama kali Ria jatuh hati apabila melihat Saleh, pada masa itu Saleh masih kecil. Ada orang telah membuang Saleh di hadapan rumahnya.

"Meow!...Meow!...Meow!..." Bunyi anak kucing itu, lemah.

"Mak, Ria pergi sekolah duu ya mak..." Ria mengintai-ngintai di manakah suara anak kucing itu datang.

"Ria, ambillah pisang nangka rebus ini, boleh makan dengan kawan-kawan di sekolah." Sambil mengisi pisang-pisang rebus itu kedalam bekas plastik.

"Terima kasih mak..." Ria mengambil bekas itu sambil mencium pipi emaknya.

"Eh, anak kucing mak!... comelnya...mak, Ria nak bela, cantik bulunya."

"Jangan lupa tolong bagi makan kepadanya, nanti bila balik dari sekolah, Ria mandikan dia!" jerit Ria sambil berjalan seiring rakan-rakannya kesekolah. Jarak antara rumah dengan sekolah Ria kira-kira satu batu.

Masa itu Ria sudah masuk darjah 6, tahun hadapan Ria akan naik ke tingkatan satu di sekolah menengah. Arwah ayahnya telah meninggal setahun yang lalu. Di sebelah pagi, emaknya pergi menoreh getah, apabila selesai, emaknya akan pergi bercucuk tanam di kebun sayur pula. Kesian aku melihat emak Ria bekerja bertungkus lumus untuk menyara seorang lagi anaknya yang masih bersekolah. Empat lagi anak perempuannya sudah berkeluarga. Ria selalu sendirian di rumah.



BAB 2

"Saleh!. Mari naik!" Ria memanggil Saleh yang semakin jauh merayap kedalam kebun getah di belakang rumahnya.

"Haha...ha...ha...Saleh, terperanjat aku, kau ni, aku pukul baru tau," Ria ketawa kerana terperanjat.

Saleh dengan tiba-tiba meluru memanjat tangga dapur, seiring dengan Ria. Padahal tadi Ria tidak nampak pun Saleh di mana. Tiba-tiba saja muncul. Ria selalu ketawa dengan telatah Saleh.

"Mari tidur Saleh..." Sambil mendukung Saleh, Ria merapatkan pipinya ke muka Saleh.
"Hurmm...geram betullah Saleh nih," sambil di timang-timangnya Saleh seperti bayi layaknya.

Ria membaringkan Saleh di atas lengan bahunya. Saleh sudah biasa begitu, selalu temankan Ria tidur. Ria suka sangat mendengar dengkuran Saleh, membuatkan Ria cepat lena. Itulah muzik yang selalu Ria dengar. Dirumah ria tiada peti television dan radio. Hiburan dan muzik untuknya, adalah Saleh.

"Saleh... janganlah cakar belakang aku... sakitlah..." Ria menyambung tidurnya.

Ria tidak boleh tidur kerana sangkanya Saleh yang mencakar belakangnya dengan kukunya yang tajam dan halus itu. Padahal saleh sangat bijak, apabila Ria terlena dia akan melarikan diri untuk mencari serangga di luar rumah.

"Mak... lihatlah Saleh ni, Ria tak boleh tidurlah... Saleh ganggu..." Ria bangun.

"Mak!... Mak!!...bangun mak!!!.." Muka Ria menjadi pucat lesi.

"Ria takut...Ria geli mak!, itu!..." Jerit Ria sambil menunjukkan sesuatu kepada emaknya yang berada di atas tilam beralaskan kain putih itu. Ria bersembunyi di belakang emaknya.

"Ya, Allah, lipan bara, besarnya..." Dalam cahaya pelita minyak tanah yang telah di kecilkan sumbunya itu masih jelas kelihatan seekor lipan bara yang menjalar di atas tilam itu.

"Saleh!...jangan usik, nanti kena sengat!" Ria mengambil Saleh, yang pada masa itu meluru masuk kerana terdengar namanya di panggil Ria beberapa kali sebentar tadi. Saleh cuba menjamahnya dengan kaki depannya. Kuku pada jari-jarinya terkeluar dan mengembang. Saleh meronta dalam pelukan Ria.

"Jangan main Saleh... bahaya!" Ria peluk Saleh ketat-ketat.

Emak Ria membunuh lipan bara itu dengan pemegang penyapu lidi sampai mati.
Ria menjadi fobia dan takut untuk tidur. Ria hampir menangis dan terasa benar-benar terkejut dengan peristiwa itu. Ria tidak dapat memejamkan matanya. Ria memeluk Saleh sehingga dia tertidur, Saleh akan melarikan diri seperti biasa apabila ria sudah lena.

"Saleh! jangan ikut, aku nak pergi sekolahlah.." Saleh tetap mengekorinya dari belakang.

"Saleh! balik!..." sergah Ria sambil kakinya menghentak keatas jalan. Saleh terkejut dan melarikan diri. Saleh memang begitu, kadang-kadang Saleh ikut sehingga jauh, dia akan mengeow-ngeow apabila menuju kerumah.

Kesian Saleh di tinggalkan seharian. Emak Ria memberi Saleh makan nasi di gaulnya bersama ikan selayang yang sudah di rebus dengan sedikit garam. Air minuman akan di letakkan berhampiran tempurung nasi Saleh. Saleh makan dengan berselera. Emak Ria menggosok-gosok manja belakang Saleh, sambil memuji kecantikan saleh. Selepas itu, emak Ria akan memulakan rutin hariannya. Saleh akan duduk di tangga hadapan rumah sambil membersihkan bulunya, melihat penduduk kampung yang lalu untuk pergi bekerja. Matanya bulat seperti guli apabila memandang.

"Comelnya kucing..." Usik budak-budak nakal.

Saleh tahu benar, dia akan cepat-cepat menyorok di bawah rumah. Di bawah rumah Ria ada longgokan kayu-kayu jati, kayu-kayu cengal dan papan untuk dinding rumah. Dahulu arwah ayah Ria seorang tukang rumah, tetapi belum sempat arwah ayah Ria membaiki rumahnya sendiri, dia telah meninggal dunia.

"Ria!, tolong lepaskan lembu dari kandangnya, dan tambat di baruh." Selalu Ria menolong emaknya menambat lembu di padang rumput di tepi baruh, apabila pulang dari sekolah atau di hari cuti.

Lembu-lembu emak Ria ada lima ekor.Dua ekor lembu jantan dan tiga ekor betina. Dua ekor lembu betinanya sedang bunting. Ria senang sekali mengheret lembunya ke baruh. Saleh akan berlari-lari.
Aku gelihati apabila melihat badan Saleh di penuhi bunga kemucut. Kesian Saleh kegatalan. Badannya nampak bergerak-gerak menahan gatal. Sesekali Salih akan menjilat-jilat belakangnya dan menyentap-nyentap mulutnya kerana tercucuk bunga kemucut yang berduri itu.Tetapi Saleh makin kuat melonpat-lompat dan berlari kesana sini. Padang itu banyak belalang.

"Haha...haha...haha..." Ria ketawa setelah Saleh dapat meintasnya. Tadi, Ria sudah perlahan-lahan meninggalkan Saleh yang leka mengejar belalang, tetapi Saleh memang cekap.

"Mari sini, aku buang kemucut..." Ria meletakkan Saleh ke atas ribanya.

"Aduh...gatalnya kemucut ni...miang habis lengan aku..." Ria berkata sendirian seperti Saleh memahami keadaannya waktu itu. Sambil mencabut semua kemucut yang tertanam di celah-celah bulu Saleh yang tebal itu.

BAB 3.

Ria tidak banyak habiskan banyak masa bermain-main dengan kawan-kawan sekampungnya, kerana jarak dari rumah kesebuah rumah agak jauh juga. Kalau Ria kemana-mana pun Saleh mesti ikut. Tetapi Ria lebih suka berada di rumahnya.

"Saleh!..jangan kacaulah!..."
"Mak!... ambil Saleh ni, dia kacau Ria menulis!..." Selalu Saleh kacau pencil yang di pegang Ria.

Saleh akan menguis-nguis pencil yang di pegang Ria dengan kaki hadapan sebelah kanannya. Kadang-kadang pencil itu terlepas daripada tangan Ria, Saleh akan bermain dengan pencil itu seperti pemain bola sepak yang sedang menggelecek bola di kaki lawan. Sungguh asyik. Kadang-kadang pencil Ria terjatuh di celah lubang lantai kerana di gelecek Saleh. Apabila jatuh ketanah, tangan Saleh akan meraba-raba di celah-celah lubang lantai itu sampai keparas ketiak saleh.

"Haha..haha..haha.. Saleh!, apa kau buat hah!" Ria geram sangat, tetapi kesian hendak memukul Saleh. Dia binatang, mana dia tahu apa-apa. yang dia tahu, semua benda yang bergerak akan menjadi permainannya.

"Aduhai, habis tulisan aku comot," nasib baik kertas buku ni tidak hancur kena kuku Saleh yang tajam itu.

"Jaga kau Saleh!," Ria menerkam Saleh dan bergurau dengan tangannya. Tangan kanan Ria di angkat tinggi-tinggi dan di kebangkan kelima-lima jarinya, di acu-acukan ke muka Saleh berkali-kali. sesekali Ria akan menangkap muka Saleh dan lepas. Ria ulang lagi aksi seperti tadi. Saleh akan mula teruja, bulu pada badan dan ekornya mengembang, cantik. Sesekali ekornya di hayunkan ke kanan dan kekiri, apabila Saleh tenung sungguh-sunguh kepada tangan Ria, ekornya akan bergerak semakin laju, dan melompat serta menerkam tangan Ria. Tangan Ria di gomol saleh.

"Adoi!..aduh..aduh...Saleh!, sakitlah!. Kau gigit kuat sangat!" Ria menahan kesakitan.
Merah tangan dan legan Ria, berbekas dengan gigitan dan cakaran kuku Saleh.

Saleh bukan sahaja menggigit tetapi juga kedua-dua belah kaki hadapannya akan akan mencakar lengan Ria dan kedua-dua belah kaki belakang Saleh akan menendang-nendang lengan Ria.
Ria menyembunyikan tangannya kebelakang badan. Saleh mengejarnya.

"haha..haahaa..sudahlah Saleh... sakit ni tau...aduh..." Ria menahan kesakitan lagi.

"Teruk betullah bergurau dengan kau ni Saleh, kasar benar, nasib baik esok sekolah cuti, sempatlah kesan-kesan ni berkurang, kalau tidak malulah aku dengan kawan-kawan kat sekolah." saleh bagaikan faham kata-kata Ria. Saleh duduk diam, bila Ria mendiamkan tangannya.

"Pergi ambil pencil aku!, aku nak menulis macamna" Ini dah malam, Ria tidak boleh mencari pencilnya yang jatuh. Tentu sudah terselit di celah-celah kayu di bawah rumah.

Angin yang mulai bertiup kencang menandakan malam ini akan hujan. Saleh merenung muka Ria seperti meminta simpati.

"Meow!"
"Kau nak apa Saleh?" Saleh merebahkan badannya dan merendahkan kepalanya kelantai.

Di rumah Ria tidak ada perabut. Ria menulis beralaskan bantal di bawah dada sambil meniarap.

Hujan mulai turun dengan lebatnya.

"Ria ambil besin dan baldi tu, tadah di mana tempat yang tiris"

"Baiklah mak" Ria bangun menuju ke dapur dan membuat apa yang di suruh emaknya.

Masa beginilah yang di tunggu Ria, dia suka tidur berpeluk dengan Saleh. Hangat. Saleh akan temankan Ria tidur sehingga hujan berhenti, kerana apabila hujan, Saleh tidak akan merayap. Ria suka bau badan Saleh. Ada aura.Dengkuran Saleh semakin hilang. Saleh tidur nyenyak di dalam pelukan Ria.

"Tu dia pencel aku, jatuh di celah kayu?" Rungut Ria.

"Saleh, kaulah punya kerja" Ria merungut memarahi Saleh.

Saleh memandang ria dan kaki kanan hadapannya mengorek-ngorek sesuatu di celah-celah kayu itu, bagaikan ingin menolong Ria.

"Tak payahlah Saleh, tangan kau tu pendek..."

"Hurm, dah dapat dah..." Ria tersenyum puas.

"Mari Saleh, aku nak cari kutu kau, dah lama dah aku tak cari..." Ria mendukung Saleh.

"Kau ni semakin gemuklah Saleh, semakin berat aku rasa" Kata Ria sabil tersenyum dan memeluk Saleh dengan erat.

"Kau duduk atas riba aku nih, mari aku selak bulu kau..."

"Ya Allah... Saleh, kemana kau merayap ni, ada banyak kutu babi di telinga kau!" Ria ternampak di tepi cuping telinga Saleh kehitaman.

"Janganlah merayap jauh kedalam semak, ada banyak kutu babi kat situ" Rungut Ria lagi.

Ria membersihkan anak-anak kutu babi yang sedang kuat menggigit dan menghisap darah di cuping telinga Saleh. Saleh mula nakal. Kalau di bandingkan dengan orang, Saleh ni seperti lelaki yang sedang ghairah bermain, merayap dan mencari perempuan. Saleh diibaratkan seperti lelaki yang berusia awak 30an. Berbadan tegap, gagah dan tampan.

"Hurm semuanya dah bersih..." Saleh membiarkan sahaja Ria mebersihkan kutu babi di telinganya. Asyik, sesekali kaki belakang yang kanan akan ikut menggaru-garu apabila tersangat gatal. Ria membersihkan telinga Saleh sekali. Terlentuk-lentuk Saleh di buatnya.

"Saleh...kau tahu tak, kenapa aku panggil kau dengan nama Saleh?" Saleh merenung mata Ria seperti faham.

"kat rumah ni hanya tinggal aku dengan mak jer, kat dalam rumah ni, tidak ada orang lelaki. Sebagai pelindung. Dengan adanya kau, sekurang-kurangnya aku tidak takut lagi. Kalau malam-malam aku memanggil nama kau Saleh, orang yang ingin berbuat jahat, sangka ada lelaki dalam rumah ni..."Ria menerangkan semuanya kepada saleh. Ria harap saleh faham.

Saban hari Ria dan Saleh selalu bersama dan gembira. Sejak akhir-akhir ini Saleh sudah mulai jarang lekat di rumah.

"Meow!...Meow!...Meow!
"Cantiknya kucing ni, sama macam warna bulu Saleh, tetapi lebih gelap" sambil memeriksa badan anak kucing itu.

"Betina...bolehlah di kawinkan dengan Saleh, warna pun sama" Detik hati Ria.
Kalau di bandingkan dengan usia seorang gadis, usianya dalam awal 20an.
Manis. Matanya coklat, bercahaya dan bulat. Lincah.

"Merah!"
"Meow!...Meow!
"Ok, aku namakan kau Merah." Sambil memegang kucing itu ke telaga untuk di bersihkan.

"Kucing lagi?"
"Ya, mak, kesian... ada orang buang lagi agaknya. Boleh berkawan dengan Saleh"
"Betina ker?" Mak Ria memeriksa badan anak kucing betina itu.


BAB 4

‎"Saleh!...Saleh...Saleh!... mana kau menyorok ni?, tak balik makan nasi ker?" Ria mencari Saleh di tempat mereka selalu bermain bersama-sama.

"Meow...Meow!...Meow!..." Jawab Saleh sambil berlari lemah menuju Ria lalu menggeselkan badannya ke kaki Ria.

"Kenapa Saleh, kau merajuk dengan aku ker, sebab aku selalu marah kau,?" sambil membelai badan Saleh dengan lembut. 

" Aku tak marahlah, aku gurau jer...kau tahu tak aku sayang sangat pada kau, kau janganlah buat aku camni, tinggal aku sorang-sorang... kau pergi mana tak balik, Saleh...?" Ria menangis sambil memeluk Saleh.

Rindu benar Ria terhadap Saleh.

"Busuknya kau Saleh...nanti aku lapkan badan kau dengan kain buruk yer?" Saleh mengikut Ria sambil berjalan, Saleh nampak macam sakit.

"Kau sakit ker Saleh?"

"Meow!..." Sambil melilit-lilit di kaki Ria. Ria jadi serba salah.

Saleh nampak kurus dan comot sedikit.

"Mari aku tunjukkan kau teman baru..." Ria nampak gembira, sambil meletakkan Saleh berhampiran Merah.

"Meow!..." Merah berbunyi, ekornya sedikit kembang, Hidungnya menghidu-hidu bau badan Saleh. Saleh pun begitu. 

Aku nampak mereka seperti sedang berkenalan. sesekali Saleh dan Merah bercium hidung. Ria melihatnya dengan gembira. Saleh mula menjilat badan Merah, menunjukkan kasih sayang. Ria puas, kerana mereka tidak bergaduh dan boleh terima antara satu sama lain. Mereka mula berkawan rapat.

"Merah!..Saleh...mari makan..." Ria meletakkan dua biji tempurung kelapa berisi nasi yang digaulkan dengan ikan rebus. Itulah sahaja makanan yang mampu Ria dan maknya sediakan kepada Merah dan Saleh. 

Ahli keluarga Ria sudah bertambah menjadi empat kini. Bertambah riuh nanti keceriaan rumah buruk itu. Rumah yang sudah tiris bumbungnya, yang telah reput dindingnya serta tidak berdaun tingkap. Ruangan tingkap itu di tutup dengan kain batik kepunyaan Mak Ria setelah habis membuat basahan mandi. Ria dan maknya hidup didalam serba kekurangan dan kedhaifan. 'Rumah ibu' hanya ada satu bilik sahaja. Di situlah Ria dan emaknya melelapkan mata.

Adik-beradik Ria yang lain malas hendak diceritakan disini. Buat sakit hati saja. 

"Minum air ni..." Ria mendekatkan bekas plastik berisi air telaga di hadapan Saleh dan Merah.

Aku nampak Saleh dan Merah, sedang sibuk mengemaskan bulu masing-masing. Berdekatan. sesekali Saleh menjilat badan Merah, begitu juga Merah,mesra sekali. Ria gembira melihat kebahagiaan Saleh dan Merah.

"Ha..ha..ha..ha.." Ria gelihati melihat telatah Merah yang mengelilinginya kerana mengejar cebisan kain buruk yang diikat di hujung sebatang lidi.

"Saleh..marilah tangkap sama," Ria melihat Saleh duduk di sudut dinding sambil matanya memerhati ligat telatah Merah mengejar kemana sahaja cebisan kain buruk itu yang dihayun Ria.

Saleh hanya memerhati. Diraut wajahnya seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada Ria, mengapa dia tidak lagi selincah dahulu.

"Dahlah Merah...aku dah penat ni...kita tidur kejap nak?" Ria menghampar kain basahan emaknya yang di pakai semasa pergi menoreh, untuk Merah tidur.

"Tidur sini Merah..." Ria mendukung Merah dan ditepuk-tepuknya Merah supaya tidur. Ria menggaru-garu lembut di bawah dagu Merah, seperti yang dia selalu lakukan kepada Saleh. Merah bagaikan mengerti, sekejap sahaja Merah terlena.

"Saleh..kau nak kemana tu?" Saleh tidak peduli dia turun kebawah rumah sambil menjilat-jilat ekornya.

Peperiksaan akhir tahun akan bermula minggu hadapan. Ria banyak menghabiskan masanya dengan buku-buku latihan dan mengulangkaji pelajaran. Ria kurang memberi perhatian kepada Saleh dan Merah. Mereka berdua pun sudah pandai bermain bersama-sama.




BAB 5
Peperiksaan akhir tahun telah pun selesai, pada masa itu di namakan peperiksaan penilaian darjah 6. Sekolah akan menghantar sendiri nama-nama murid-murid ke sekolah-sekolah menengah, mengikut aliran bersesuaian dengan keputusan peperiksaan yang di perolehi setiap murid pada masa itu.

"Saleh balik tak hari ini mak?..." Merah semakin manja dengan Ria.

"Saleh merajuk dengan Ria kot, sebab tu dia tak balik... yerlah Ria pun dah ada Merah.." Usik mak ria sambil tersenyum.

"Mak!...hari tu, Ria panggil Saleh, Saleh tak endah, dia lari kebawah rumah." Jelas Ria, dia rasa kesal,  mungkin betul kata-kata maknya.

Saleh tu ada perasaan. Dia pandai dan bagaikan faham apa yang di perkatakan Ria.

"Dah berapa hari Ria tidak nampak Saleh...dia tidur di mana dan makan apa mak?" Ria sedih sangat dan bimbangkan keselamatan Saleh.

"Sekarang musim hujan...kesian Saleh mesti dia kesejukan..." Air mata di kelopak mata Ria tidak dapat di sekat lagi, jatuh berderai.

Ria memang seorang anak yang manja. Mudah sangat bersedih. Anak bongsulah katakan.

"Hah, panjang umurnya, itu Saleh dah balik."

"Meow...meow!...meow!..."

"Meoww!!...meoow!..." Balas Merah sambil mendapatkan Saleh. Merah mencium-cium hidung

Saleh dan berpeleseran ke badan Saleh dengan ekornya yang panjang dan cantik.

"Saleh, kau nampak kurus benar, kenapa kau tak balik, puas aku cari kau Saleh" Ria menuju kedapur menghampiri Saleh yang terjelepuk lemah di sudut dinding.

Saleh menjilat ekornya berkali-kali.

"Eh, kenapa dengan ekor kau ni saleh, biar aku tengok..." Ria membelek di celah-celah bulu pada ekor saleh yang tidak tebal seperti dahulu. Banyak Bulunya sudah mulai gugur.

"Astaghfirullahal Azdim!... siapa yang jahat sangat nih!, buat Saleh macamni?, Ria mulai menyinga, dia tidak tahu hendak marah kepada siapa.

"Kenapa ni Ria, bising-bising memekik petang-petang hari ni, tak baik nak..." Mak Ria kehairanan.
"Mak...lihatlah ekor Saleh ni..." Ria mulai menangis.

"Macamna nak buat ni mak...gelang getah diikat kuat di ekor Saleh, sampai macamni sekali...patutlah Saleh tidak sihat mak..." Ria gelisah dan marah. Airmatanya semakin deras.

Merah dan bengkak mata Ria. Ria sedih sungguh.

"Siapalah budak nakal ni, kalau aku dapat dia aku tumbuk muka dia!" Ria marah sungguh-sungguh.

"Mari sini mak tengok...hurmm...ini dah tak boleh buat apa dah Ria, sebab getahnya hampir tenggelam di makan isi pada ekor Saleh." Mak Ria pun sedih melihat keadaan Saleh.

"Saleh, janganlah merayap lagi...sebab tu kau tak balik, budak-budak jahat dah buli kau, sampai hati mereka ikat ekor kau dengan gelang  getah, mesti kau tak tahan sakitnya."

Masa dahulu mana ada klink haiwan. Ria membiarkan sahaja ekor Saleh begitu. Saleh lebih banyak berdiam diri. Makannya pun sedikit sahaja.

"Mak!, lihat ini, kulit dan bulu Saleh dah tanggal!..." Ria berteriak memanggil maknya yang sedang menyapu halaman rumah.

Halaman rumahnya kecil sahaja. Rumput ditarah dengan cangkul menjadi satu halaman empat segi kecil di hadapan tangga rumah. Pasir halus dan putih bersih itu menjadikan halamannya cantik. Dihiasi pula dengan beberapa pohon puding yang ditanam Ria sebaris dengan garisan rumput yang ditarah tadi. Nampak kemas dan teratur. Puding beraneka warna dan bentuk. Benih-benih puding itu diambil dari sekolah atau dari rumah-rumah jiran di kampung Pisang itu.

"Elok pulak, tanggalnya..." Seperti kelongsong atau sarung getah yang selalu dipakai di ibu jari oleh tukang-tukang jahit, untuk melindungi jari daripada tertusuk jarum.

"Kesiannya Saleh, ekornya dah jadi pendek..." Ria memerhati ekor Saleh.

Ekor Saleh menjadi pendek sedikit. Bahagian kulit yang tertanggal itu tidak di tumbuhi bulu lagi. Aku lihat, kira-kira dua inci, ekor Saleh hilang. Kesian Saleh.

Saleh semakin kurus dan nampak semakin tua. Tetapi Ria tetap sayang kepada saleh seperti dulu. Saleh yang jarang lekat di rumah. Ria memeluk Merah pula sebagai ganti Saleh untuk menjadi teman tidurnya. Dengkuran Merah tidak semerdu Saleh.

"Mari aku gosok perut kau Merah...berapa ekor agaknya anak kau ya?," jemari Ria meraba-raba perut merah. Terasa seperti anak-anak merah sedang bergerak-gerak.

Ria tersenyum dan memeluk Merah dengan penuh kasih sayang.

"Tentu anak-anak kau comel... tak sabar rasanya nak melihat rupa anak-anak kau dengan Saleh." Seperti Ria tahu, sudah tidak ada kucing jantan lain yang berani mendekati Merah.

"Meoow!...Meooow!!...Meooww!!..." Suara Merah menjerit kuat.

Merah, gelisah. Mengiau tanpa henti. Aku tahu, Merah mahu beranak.
Malam yang pekat itu bingit dengan suara Merah mengiau dan mengiau.
Merah datang dan duduk di celah kangkang Ria yang sedang tidur.

"Apa ni Merah, bisingnya, mari aku peluk kau...tidurlah, esok sajalah kita main-main..." pujuk Ria kepada Merah.

Merah tetap mengiau dan naik lagi keatas kain selimut Ria di celah kangkangnya.

"Eii, basah!, apa ni Merah?, kau beranak di atas kain selimut aku?"

"Mak! bangunlah, tengok Merah ni, dia dah beranak dah..." Ria marah Merah.

Ria menyalin kain selimut yang lain. kain selimutnya tadi di basahi tompok-tompokan darah Merah.

"Nanti mak besarkan sumbu pelita ni..."

Meraka nampak jelas, anak Merah yang tidak cukup sifat seperti daging. Ada bentuk kaki tetapi tidak sempurna. Mata pada kepala anak kucing itupun tidak lengkap dan sempurna. Merah tidak henti mengiau dan menjilat darah yang keluar. Merah menggigit dan menarik benda itu keluar, sesekali mengiau. Setelah itu, mak Ria menangkap Merah dan di letaknya di luar bilik lalu pintu bilik itu diu selak dari dalam.

"Meow!!...Meooow!!.." semakin kuat suara Merah, Ria dan maknya tidak dapat melelapkan mata.

Merah boleh memanjat dinding dan melompat ke dalam bilik itu melalui lubang alang.

"Mak merah nak beranak di atas riba Ria lagi, macamna nak buat ni mak?" Ria terlalu mengantuk. Tidak dapat dia melayan kerenah Merah yang sedang sakit hendak beranak.

Mak Ria sekali lagi menangkap Merah dan dikurungnya di bawah periuk yang besar. Diatas periuk itu ditindihnya lesung batu. Merah tidak ada kuasa lagi untuk menolak periuk itu. Lama-lama suara Merah semakin lemah. Sebelum mengurung Merah, Mak Ria sudah memastikan ada lubang lantai supaya udara boleh masuk kedalam periuk itu. Disediakan juga sehelai kain buruk untuk alas Merah beranak nanti.

"Wah!, cantiknya anak Merah mak!...ada dua ekor...eii, satu ekor lagi keguguran macam malam tadi."

Mak Ria menanam anak Merah yang keguguran itu dan membasuh kain selimut Ria bersih-bersih.

BAB 6.
Betty, anak Merah yang betina. Comel sangat, warnanya bercampur oren dan putih. Di bahagian misai, hidung dan dahi ada bulu tebal berwarna putih. Keempat-empat kakinya juga putih. Gebu sungguh bulunya. Sekali pandang macam hamster.

Betto, anak Merah yang jantan. Bulunya sama seperti Saleh. Berbelang-belang oren. Macam harimau. Ria hanya dapat melihat sahaja anak-anak Merah sebab mereka masih kecil dan menyusu.

Anak kucing tidak boleh di pegang-pegang selalu, jika bau anaknya sudah hilang, nanti ibu kucing akan menggonggong anaknya dan membawanya lari.

“Saleh ada balik tak mak?”

“Mak tidak Nampak Saleh dah tiga hari...” jawab mak Ria sambil mencuci pinggan.

“Bosanlah Saleh tak ada, nak main dengan Betty dan Betto, mereka masih kecil...” Ria memuncungkan mulutnya.

Ria turun ke tanah, tidak ada apa yang hendak dibuatnya cuti-cuti sekolah begini. Ria tidak suka berkunjung kerumah jiran-jiran. Segan. Ria ambil penyapu lidi dan menyapu daun-daun pauh yang gugur di halaman rumahnya. Ria menyiram pokok puding dan pokok ‘bintang berayun’ yang baru sahaja mengeluarkan bunga berwarna oren. Cantik.

Ria pergi kebelakang rumah di dalam kebun getah, seorang diri. Tidak ada apa yang nak di takutkan. Distu jugalah jalan untuknya pergi buang air besar setiap hari.

“Wah!, banyaknya buah kemunting...” sebaik sahaja terpandang sepohon kemunting yang renek. Rimbun daunnya dan lebat sungguh buahnya. Hitam.

Ria mengutip buah-buah kemunting itu dengan rakus.

“kalau ada kawan seronok sangat berebut-rebut” kata ria di dalam hatinya.

“Pokok itu pun ada...banyaknya!” Ria menjadi bertambah geram.

Ria mengisi buah-buah kemunting yang di kutipnya kedalam kain batik yang di pakainya. Nampak betis Ria yang putih gebu itu tersingkap.

“Meow!...Meow!...”

“Saleh?, dimana kau?” Ria mencari-cari kearah suara Saleh itu.

“Saleh...mari balik, mari lihat siapa ada di rumah. Kita ada keluarga baru...” kata Ria tersenyum kepada Saleh.

Saleh mengikut Ria pulang, dia tidak kuat berlari lagi kerana Saleh sudah tua. Ria telah membela Saleh selama tujuh tahun.

“Saleh, tengok ni, comel tak?, dia anak kau Saleh.”

Saleh hanya membisu, hanya hidungnya sahaja terhidu-hidu kepada anak-anak Merah. Merah mendekati Saleh dan menggesel mesra. Ekornya di biarkan mengenai muka Saleh. Saleh menjilat anak-anak Merah. Di wajah Saleh yang sugul itu, tergambar jelas bahawa Saleh sudah uzur benar.

Saleh menuruni anak tangga dan meninggalkan Merah dan anak-anaknya.

“Saleh!, janganlah pergi, aku sayang sangat pada kau...” Ria memanggil Saleh. Saleh tidak menoleh kebelakang lagi. Saleh berlari terus menuju ke dalam semak.

“Saleh...kenapa dengan kau, kau merajuk ker?” Ria menangis tersedu-sedu.

“Mak...Saleh pergi lagi, dia tidak suka anak-anak dia ke mak?,” air mata Ria jatuh berderai.

“Sabarlah Ria, dia akan balik...” pujuk maknya.

“Kalau Saleh tidak balik, itu bermakna dia sudah mati di dalam hutan, seekor kucing yang baik, dia tidak akan mati di rumah...” kata Maknya lagi.

“Tapi Ria tidak mahu Saleh mati...Ria sayang Saleh mak!, Ria sayang Saleh!” Ria menangis semahu-mahunya. Sedih sangat sebab Saleh tega meninggalkannya, Merah dan anak-anaknya yang baru lahir itu. Ria memeluk Maknya.

“Sudahlah Ria, mak pun sayang Saleh, sudah tujuh tahun kita bersama dia, bergembira dengan dia, Ria, Allah SWT telah meminjamkan Saleh kepada kita, Allah lebih sayangkan Saleh. Biarlah dia pergi. Kita gembira selama kehadiran dia. Bersyukurlah kepada Allah, ya sayang...” air mata mak Ria pun turut sama membasahi pipi.

“Percayalah, jika Saleh masih hidup dia akan balik kemari, Ria jangan risau, sikap kucing jantan yang matang memang begitu. Ria jagalah Merah dan anak-anak Saleh sebagai ganti ya?” pujuk mak Ria.

Buah kemunting yang dicarinya tadi dicampaknya entah kemana. Ria tidak ada selera untuk makan buah kemunting itu. Fikiran Ria hanya tertumpu kepada Saleh. Teringat kenangan manis semasa Saleh masih sihat dan gemuk. Kuat berlari ke sana dan ke mari. Bergurau dan menemaninya siang dan malam. Kini Ria kehilangan seekor teman yang sangat rapat. Teman sejati yang selalu menghiburkan hati Ria. Ria masih bersedih.

Hari berganti minggu ternyata Saleh tidak pulang lagi. Ria terpaksa melupakan Saleh. Merah, Betty dan Betto menjadi sahabat Ria kini. Betty dan Betto pandai bergusti. Ria tersenyum dan seseakli ketawa dengan telatah comel Betto dan Betty. Berlari berkejaran. Ria ikat cebisan kain di hujung sebatang lidi dan buat satu pusingan mengelilinginya. Betto dan Betty berlari-lari mengejar ligat. Tangkas sekali.

“Meow!...Meow!...”

Betto dan Betty berlari-lari mendapatkan Merah. Merah merebahkan badannya. Betto dan Betty dengan gelojoh mencari susu ibunya. Ria melihat mereka menghisapnya sambil kedua-dua kaki hadapan mereka menekan-nekan perut Merah. Merah menjilat-jilat badan anak-anaknya dengan mesra.

“Meow...Meow...Meow!...”

“Mak, tengok Merah bawak tikus mati untuk anak-anaknya, gelilah Merah ni.” Ria menguis anak tikus itu dengan sebatang kayu. Merah marah dan mengambilnya kembali.

Merah bermain-main dengan tikus mati itu. Dilambung-lambungnya. Betto dan Betty memerhati sikap Merah seperti mengajar teknik menangkap mangsa. Ria perhatikan sahaja. Ria membiarkan mereka bermain di halaman rumah. Benda kotor tidak boleh dibawa ke atas rumah.

“Merah, mari makan...” Ria menyediakan setempurung berisi nasi yang digaulkan dengan ikan rebus dan sebekas air. Anak-anak Merah sudah mulai belajar memakan nasi sedikit-sedikit.

“Aduh!...sakit... tajam jugak gigi kau ni Betto?” Ria menggosok-gosok tangannya yang digigit Betto sewaktu bergurau.

“Mari tidur, Merah, duduk atas kain alas ini, biar selesa sikit ya?” Ria membetulkan Merah dan mengambil anak-anak Merah dan diletaknya di perut Merah.

“Selamat malam, esok kita main-main lagi...” Ria tersenyum melihat Merah, Betto dan Betty.

Ria membentangkan tilam untuk maknya dan untuk dirinya juga. Ria tidur sendirian tanpa Saleh dan Merah. Merah telah sibuk dengan anak-anaknya. Ria mengecilkan sumbu pelita dan membaca doa untuk tidur.
Saleh sudah lama pergi meninggalkan Ria, Merah dan kedua anak-anaknya. Saleh sudah mati.

BAB 7.
Ria mendapat surat dari pihak sekolah lalu membaca isi-isi penting surat itu kepada Maknya.

Ria Narissa Binti Hassan, sukacita dimaklumkan bahawa anda telah pun diserapkan ke sekolah beraliran Agama Islam. Sekolah-sekolah pilihan adalah seperti berikut;-

1) Sekolah Menengah Agama Maarif.
2) Sekolah Menengah Agama Ittifakiah.
3) Sekolah Menengah Agama Kairiah.
Sila hadir ke sekolah yang menjadi pilihan anda untuk mendaftar masuk, membayar yuran persekolahan, pakaian seragam sekolah dan juga untuk menerima buku-buku pelajaran.
Kepada murid-murid yang tinggal berjauhan, asrama juga disediakan.
Harap maklum.”


“Macamna mak, Ria kena pergi secepat mungkin sebelum sessi persekolahan bermula pada tahun hadapan.” Ria sungguh gembira.

“Ria nak pilih sekolah mana? jangan jauh-jauh dengan mak, sunyilah nanti, rupa-rupanya anak mak ini sudah besar.” Mak ria mengusap rambut Ria yang panjang mengurai hingga ke paras lutut.

Ria rajin menjaga rambutnya yang hitam berkilat dan ikal mayang. Pada masa itu, Ria tidak mampu untuk membeli syampu. Ria akan selalu pergi jauh ke dalam kampung untuk mencari kulit pohon ‘beluru’ untuk dijadikan syampu. Pohon beluru tumbuh meliar di dalam hutan. Jarang sekali bertemu pohon beluru sekarang ini.

Kulit beluru itu akan diketuk-ketuknya dengan benda keras, supaya lembut, akan menjadi seperti sabut kelapa, lalu jemur kering dan digunakan sekadar perlu sahaja. Baunya sungguh harum mewangi dan buihnya pula banyak apabila dikocak di dalam air. Ria suka guna beluru yang masih segar yang di campurkan bersama hirisan buah limau purut di dalam sebuah bekas.

Ria akan duduk di atas tunggul kayu berhampiran telaga di hadapan dapur  rumahnya sambil berkemban. Dia akan menjirus perlahan-lahan dari atas kepala sambil mengusap rambutnya yang panjang mengurai itu. Dengan menggunakan sabut beluru itu juga, menjadikan ‘scrub’, dia akan menggosok-gosok ke seluruh badannya. Harum dan segar. Itulah rahsia kecantikan Ria yang di amalkan sejak dari gadis.

“Ria memilih Sekolah Menengah Agama Maarif, mak” jarak diantara sekolah itu dengan rumah Ria kira-kira sepuluh batu.

“Tidak apalah Ria, baiklah Ria duduk di asrama, ada banyak masa untuk belajar dengan kawan-kawan. Kalau di rumah, nanti asyik melayan kucing jer, masa mana nak belajar. Pelajaran tu penting untuk masa depan Ria.”

“Ala mak ni, kesitu pulak,” kata Ria, sambil bermain-main dengan Betty dan Betto.

“Kalau aku tak ada di rumah nanti, kau jangan nakal-nakal ya, Betty, Betto... aku pasti akan rindukan telatah kamu berdua...” kata Ria sambil tersenyum.

Kelihatan Merah berada di sudut dinding sedang lena tidur. Merah akan berjaga pada waktu malam. Menangkap tikus untuk permainan anak-anaknya.



Bab 8.
Tahun baru persekolahan sudah pun bermula. Ria sangat manis dengan pakaian seragam sekolah menengah Agama Maarif. Baju kurung putih, bertudung putih dan kain susun berwarna hijau gelap.

“Duduk di asrama tu, jaga diri baik-baik ya Ria,” pesan mak Ria, semasa dia datang menghantar barang-barang Ria ke asrama sekolah.

Asrama untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan bersebelahan jalan besar. Semuanya berpagar dan pelajar lelaki tidak di benarkan masuk ke kawasan asrama perempuan, begitu juga sebaliknya.
Didalam kelas Ria, pelajar lelaki lebih sedikit bilangannya daripada pelajar perempuan.

Ria mendapat pinjaman buku-buku teks keseluruhannya. Sekarang mata pelajaran sudah bertambah, iaitu Bahasa Arab, Fekah, Ugama Islam Tinggi, Agama Islam Rendah, Tafsir Alquran dan lain-lain lagi. Termasuk bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, sejarah, ilmu alam, ilmu hisab, kesusasteraan Melayu dan lukisan.

Ria sudah lupa kepada kucing-kucingnya. Jadual pelajarannya sangat ketat. Tinggal di asrama kena ikut jadual waktu. Masa untuk berehat dan beriadah sangat terhad.

“Assalamualaikum… semua murid-murid,” “Waalaikumussalam Ustaz!”

“Hari ini kita lantik ketua kelas, sila bagi cadangan, sila angkat tangan dan sebut nama yang dicadangkan”

“Muhammad Isa Faez, Ustaz!” seorang murid lelaki bersuara di belakang. Ria belum kenal semua nama rakan-rakan sekelasnya.

“Ria Narissa, Ustaz!” seorang murid perempuan mengangkat tangan.
Ria gugup apabila namanya disebut.

“Ada lagi cadangan?”
“Saya mencadangkan cadangan ini ditutup Ustaz!” Seorang murid lelaki bersuara.

“Saya menyokong cadangan ini ditutup Ustaz!” Seorang murid perempuan pula menjawab.

“Baiklah, sekarang kita sudah ada ketua murid iaitu Muhammad Isa Faez dan penolong ketua murid iaitu Ria Narissa. Di harap sekiranya ada apa-apa kesulitan silalah ajukan kepada mereka berdua. Kamu Isa dan Ria, hendaklah ajukan pula kepada saya sebagai guru kelas kamu,” jelas Ustaz Firdaus.

Ria berada di tempat duduk sebelah kiri pintu masuk, bangku nombor dua manakala Muhammad Isa duduk sebaris sebelah kanan Ria. Apabila Ria memandang guru atau papan hitam, Ria akan ternampak Muhammad Isa.

Muhammad Isa, Seorang murid yang agak pendiam, tetapi selalu memandang Ria. Ria menjadi resah di perhatikan begitu. Gandingan mereka berdua sungguh padan. Namun Ria tidak senang hati untuk belajar apabila rakan-rakan sekelasnya mulai menggosipkannya dengan Muhammad Isa.

“Kenapa dia belum masuk kelas lagi” detik hati Ria. Dia mulai bimbang.
“Semua bangun!”
“Assalamualaikum semua murid-murid” “Waalaikumussalam Ustaz”
“Mana ketua kelas kamu? Belum datang lagi?” Tanya Ustaz Firdaus.

Ria betul-betul resah. Muhammad Isa tidak tinggal di asrama, kerana rumahnya berdekatan dengan sekolah tersebut.

“Assalamualaikum Ustaz, maaf saya terlambat, tayar basikal saya pancit.”
“Walaikumussalam, sila duduk” Ustaz Firdaus memulakan kelasnya. Ustaz Firdaus mengajar bahasa Arab dan Agama Islam Tinggi.

Hati Ria lapang, tetapi berdebar-debar apabila Muhammad Isa menghadiahkan sebuah senyuman dan jelingan kepadanya. Ria tunduk dan cuba memberi tumpuan kepada pelajaran bahasa Arab.

“Ria, minggu ni kau balik tak?” tanya Aishah, teman sekelas Ria sewaktu sama-sama makan di kantin.
“Mestilah, aku rindu sangat nak tengok dia…”
“Hai, ada buahati kat kampung ke?”

Ria hanya tersenyum. Dia tidak akan cerita pasal kucingnya. Malu.

Di sudut kantin, Isa sedang memerhati Ria. Isa jarang bercakap dengan Ria, jika tiada hal penting. Itu yang membuatkan Ria resah. Ria teringin sangat berbual-bual dengan Isa. Rindu dengar suara Isa. Akhir-akhir ini jika Isa terlewat masuk kelas, Ria akan risau dan resah apalagi jika Isa langsung tidak datang kelas, seharian Ria tidak dapat tumpukan perhatiannya kepada pelajaran.

Hebat! Cinta monyet.

Petang khamis itu, Ria Narissa, balik ke rumahnya, kerana pada hari jumaat dan sabtu adalah cuti sekolah.

“Assalamualaikum mak!” Ria mencium tangan maknya dan memeluknya ketat-ketat.
“Ria rindu sangat pada mak”
“mak, mana Merah, Betto dan Betty, tak nampak pun mereka dari tadi?” Ria mencari-cari anak kucing itu, rindu benar untuk memeluknya.

“Hari tu, Makcik Senah datang melawat mak, dia suka sangat pada Betto dan Betty, dia minta dengan mak, nak bela katanya.”

“Mak!, kenapa mak bagi? Ria sayang Betto dan Betty mak…sampai hati pisahkan mereka dengan Merah.” Ria terdengar Merah mengiau-ngiau mencari anak-anaknya. Ria sungguh sedih.

“Ria, bukannya apa, mak bagi kepada Makcik Senah tu, sebab mak sibuk, dulu ada Ria boleh jaga mereka. Mak kena kerja membanting tulang untuk menyara kamu, sekolah menengah ni nak kena guna duit banyak, Ria”

Ria tetap sedih. Ria sedar, dia tidak boleh sia-siakan harapan maknya untuk berjaya dalam pelajaran, Ria terpaksa melupakan Betto dan Betty.

“Tak apa Ria, Merah tu, lama-lama dia diamlah, Makcik Senah tu sunyi, duduk sorang diri, sekarang tentu dia seronok sebab ada Betty dan Betto.”

“Tapi mak, mesti Betty dan Betto nangis cari Merah, sama macam Merah”

“Ria pun kena berpisah dengan Mak juga, untuk mencari kehidupan sendiri kan? Sudahlah Ria, lupakanlah kucing ni buat sementara waktu, tumpukan kepada pelajaran, itu lagi mustahak”
Malam itu Ria tidur dengan Merah dan maknya di dalam bilik. Ria teringatkan Saleh, Betto dan Betty. Ada air jernih terasa hangat menggelunsur di pipi Ria. Ria cuba belajar untuk menerima ketentuaNya. Malam yang larut itu memaksa Ria bermimpi.

*****
"Mak, Ria nak pergi ke rumah Makcik Senah, nak hantar Merah bertemu Betty dan Betto, kasihan mereka, tentu mereka rindukan susu ibunya." Ria melihat susu Merah mengeras dan bengkak, kasihan Merah.

Ria berjalan kaki menuju ke dalam kampung, rumah Makcik Senah berada kira-kira setengah batu daripada rumahnya. Ria menyusuri jalan yang sempit, jalan yang dilalui orang-orang kampung untuk menuju ke pekan. Di kiri dan kanan di penuhi hutan kecil. Ria tidak akan takut melalui jalan itu, kerana ada Merah, jika tidak, tidak mahu Ria berjalan sendirian di situ. Bahaya.

"Assalamualaikum..."
"Walaikumussalam, oh Ria, bila balik? Jemput naik"
"Ria hantar Merah ni, kasihan dia mengiau-ngiau mencari anak-anaknya. Makcik Senah bela Merah sekalilah ya,"
"Baiklah Ria, itu dia Betto dan Betty" Makcik Senah tersenyum melihat mereka.

Ria melepaskan Merah dari pelukannya. Merah berlari menuju anak-anaknya. Begitu juga Betto dan Betty mengiau-ngiau sebaik sahaja melihat ibunya datang. Air mata terharu menitis deras di pipinya. Pilu melihat drama sedih di hadapan matanya. Bagaimanalah ibu sanggup berpisah dengan anak-anaknya. Sanggup membunuh dan mencampak bayi mereka sendiri. Ria sungguh kecewa.

"Terima kasihlah Ria, sebab menghantar Merah, susah juga Betto dan Betty hendak tidur sebab mak dia tak ada," Makcik Senah tersenyum dan menepuk-nepuk bahu Ria.

"Ria, mari sarapan, Makcik Senah ada masak cokodok pisang ni"

Ria sedang asyik membelai Betto dan Betty mesra. Dia tidak mendengar pelawaan Makcik Senah.
Air mata Ria masih belum berhenti menitis. Sedih sangat untuk berpisah dengan mereka. Terasa semakin jauh jarak mereka. Ria mengusap air matanya dengan lengan baju kurung kain kapas yang dipakainya. Makcik Senah memerhatikan sahaja dengan wajah yang sugul, terdetik kekesalan di hatinya kerana telah merentap kasih sayang Ria terhadap kucing-kucing kesayangannya itu.

"Kalau Ria sayang kucing-kucing tu, ambillah semula, Makcik Senah tak kesah"

"Tidak apalah Makcik Senah, Makcik belalah ya, kucing Ria ni baik-baik, Ria tidak ada masa untuk menjaga mereka lagi. Mak pun sibuk di kebun"

"Belajar rajin-rajin ya Ria," Makcik Senah mempelawa Ria bersarapan.

"Baiklah Makcik, Ria balik dululah ya," Ria bersalaman dengan Makcik Senah dan meninggalkan Merah bersama anak-anaknya disitu.

"Ria, kau kemana pagi-pagi ni?, bila kau balik?" tanya Bedah, rakan sekampung Ria yang sama-sama menuntut di sekolah rendah dahulu. Bedah masuk sekolah aliran Inggeris.

"Aku melawat Makcik Senah tu, tadi"
"Melawat Makcik senah ke, melawat anak-anak kucing kau? ha...ha...ha..." Bedah ketawakan Ria.
"Apalah kau ni Bedah, kesitu pulak, dahlah aku nak balik ni,"
"Kenapa kau balik ikut sini Ria, kan jauh lalu ikut jalan sini?"
"Saja jalan-jalan, tak boleh?" kata Ria lagi, padahal, Ria takut untuk melalui jalan pintas tadi tu seorang diri.


BAB 9

Ria bertolak dari rumah dengan menaiki bas menuju terus ke sekolahnya. Cuti hari jumaat dan sabtu sangat pantas di rasakan. Tidak puas untuk bersama mak kesayangannya.

“Ha…ha…ha…” semua kawan-kawan sekelas Ria ketawakan Ria. Isa hanya tersenyum apabila memandang wajah Ria.

Ria jadi gelisah, apa yang tidak kena dengan pakaiannya? Pagi tadi maknya telah setarika baju itu dengan setarika arang dan semasa membasuhnya, emak Ria telah membilasnya dengan bancuhan kanji serta nila, supaya cantik apabila disetarika.

“Sedia bangun, Assalamualaikum, Ustaz!”

“Waalaikumussalam, sila duduk” Ustaz Firdaus melihat semua murid tersenyum-senyum dan memerhati Ria.

“Ria Narissa, awak boleh pergi ke tandas sekarang, betulkan tudung awak” kata Ustaz Firdaus sambil tersenyum.

“Baik Ustaz” Ria melihat semua rakan sekelas masih tersenyum-senyum termasuk Isa. Benci! Dengus hati kecil Ria. Apa pulak, tudung aku ni tidak betul, Ah! Ria berlari anak ke tandas untuk melihat apa yang tidak kena dengannya.

“Aduh! Malunya aku!”  Sedikit calitan hitam di pipi Ria menjadikan wajah Ria comot. Hidung Ria yang sedikit kembang itu, di penuhi jelaga pelita. Hitam! Tadi sewaktu Ria cepat-cepat untuk ke sekolah kerana takut ketinggalan bas, dia tidak melihat betul-betul wajahnya di cermin. Lagi pun cahaya pelita minyak tanah, bukannya terang sangat.

Ria mundar mandir di dalam tandas. Ria benar-benar malu untuk masuk semula ke dalam kelasnya. Malu dengan Isa. Ria membersihkan kesan hitam itu dengan sapu tangan yang sedia ada di dalam kocek baju kurungnya.
Ah! Aku kena masuk kelas juga, biar aku buat-buat bodoh saja, Ria cuba tenangkan hatinya yang benar-benar terasa malu dengan peristiwa itu.

“Dah comel pun bidadari kita, ha…ha…ha..” kata Salina sambil ketawa.

“Sudahlah, tidak elok ketawakan orang, hari ini hari dia, jika kita membuka keaiban orang, maka Allah SWT akan membuka keaiban kita pula nanti” nasihat Ustaz Firdaus sungguh terkesan di hati Salina. Dia tunduk dan diam. Isa masih tersenyum. Ria menjadi geram dan menjeling tajam ke arah Isa.

Setelah kelas UstazFfirdaus tamat, loceng waktu rehat pun berbunyi.

“Ini buku latihan saya, ambilah untuk rujukan” kata Isa sambil menghulurkan buku latihan tersebut kepada Ria yang dari tadi kelihatan sugul.

“Esok, awak pulangkan ya,” Isa keluar kelas cepat-cepat menuju ke kantin sekolah. Ria masih di dalam kelas.

“Sudahlah Ria, maafkan aku ya, jom pergi makan, kalau sakit siapa yang susah nanti” Pujuk Salina.
“Aku malu, sebab aku orang miskin, tak mampu nak pakai lampu kalimantan macam kau orang” kata Ria sedih.

“Maaflah, kami tak sengaja, bukan niat nak mengutuk kamu, Ria” pujuk Salina lagi.
“Oklah, kalau kau tak mahu keluar lagi, tak apa, aku keluar dululah ya,” kata Salina lagi sambil berlalu.

Ria menjadi benar-benar tercabar, dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh, supaya dia tidak hidup susah seperti ini. Ria membelek buku pemberian Isa sebentar tadi.
Ria ternampak satu nota tertulis;

Hitam-hitam si tompok manggis,
walaupun hitam, di pandang manis.
Pen merah, pen biru,
Awak marah, I love u.

Ria tersenyum sendirian. Rupa-rupanya Isa nak bagi nota! Patutlah beria-ia nak bagi pinjamkan buku latihan, padahal Ria tidak pernah memintanya. Tektik!.
Ria malas untuk makan, dia tidak ada selera, mungkin di sebabkan peristiwa tadi yang sungguh memalukan. Ria pergi ke perpustakaan, walaupun dia tidak tahu buku apa yang hendak dibacanya. Ria menyusuri dari satu rak ke satu rak buku.

“Ria, awak dah baca?”kata Isa perlahan, tetapi mukanya terjongol di hadapan Ria di celah rak buku tersebut.

“Terperanjat aku,” muka Ria pucat kerana dengan tiba-tiba Isa menegurnya begitu. Ria tidak perasan Isa sebelum itu.

“Isa, awak jahat!” bisik Ria keras.

“Balas tau?” Isa tersenyum lalu beredar dari situ.

Potong mood aku sajalah si Isa ni! Degus Ria, tetapi Ria rasa seronok dengan tindakan Isa yang spontan itu.

Di dalam kelas, Isa dan Ria berpandangan sambil tersenyum. Mereka berdua sudah mulai rasa sesuatu keanihan dalam diri masing-masing. Ada rasa rindu dan rasa ingin bersama setiap masa.
Ria sudah mulai lupa kepada Merah, Betty dan Betto. Wajah Isa pula mengambil tempat di hati Ria. Pada wajah Isa ada segala-galanya. Ada lucu dan ada kebahagiaan!

“Jom kita ke perpustakaan? Cikgu Liza tidak masuk kelas hari ini” ajak Isa.

Ria membiarkan Isa pergi dahulu, takut kalau-kalau ada yang perasan nanti.

“Bacalah buku Sejarah Islam ini, boleh membantu kita dalam ujian nanti” Ria menghulurkan buku tersebut kepada Isa sambil matanya melirik, menyatakan ada sesuatu di dalam buku itu.

Pinggan tak retak, itik tak sudu.
Kalau awak hendak, I love u too.

Ringkas saja pantun dua kerat dari Ria, tetapi cukup bermakna buat Isa. Sejak itu, Isa dan Ria kelihatan sering belajar bersama-sama di dalam perpustakaan. Mereka berdua bersungguh-sungguh dan berjanji akan pergi ke menara gading bersama-sama.