Tuesday 2 July 2013

Fb Chef And Charity Club With Smile dan Grup Resepi Turun Temurun Resepi Istimewa Keluarga kita.

Assalamualaikum semua..
Tentu anda semua kenal tentang ke dua-kdua page ini;
Ada banyak resipi-resipi Istimewa yang dikongsikan bersama oleh rakan-rakan Fb kita.
Tetapi bonda minta maaf kerana bonda begitu sibuk dengan tugas sebagai seorang penulis.
Insya-Allah resipi-resepi terbaik akan dibukukan jika ada rezeki kelak.

Terima kasih juga bonda ucapkan kepada admin-admin yang sama-sama mengawal grup tersebut, yang sebelum ini banyak timbul kontroversi.
Sikap orang-orang kita yang tidak pernah mahu berubah dan berfikiran terbuka atau bersangka baik. Sebab itulah Melayu susah untuk maju. Binalah kemajuan untuk diri sendiri. Setiap kita manusia ini dijadikan oleh Allah dengan kelebihan masing-masing jadi kita tidak perlu cemburu dengan menanam sikap sakit hati.
Memfitnah. Selain berdosa, kita juga akan mendapat malu sendiri pada akhirnya.
Cubalah belajar untuk membina kemajuan diri sendiri.

Bonda sekarang sudah berusia 49 tahun pada 7/7/13 ini.
Tetapi masih belajar dan belajar. Masih mencari peluang untuk mencipta sesuatu yang ramai orang tidak dapat melakukannya. Hati kita akan berasa puas. Gembira. Kerana hobi baru kita itu menampakkan hasil yang positif. Berfikiran positif akan mendapat hasil yang positif.

Bonda berdoa semoga rakan-rakan bonda sekalian sentiasa menggunakan fikiran dengan sebaik-baiknya. Kerana ada pepatah orang mengatakan 'Dalam banyak-banyak otak bangsa di dunia ini; Otak Melayulah yang paling cantik' Maksudnya; Melayu kurang menggunakan otak untuk kemajuan diri.
Wallahu A'lam.

Wednesday 20 February 2013

Anda dah guna kolegen rumpai laut?

basuh 4-5 kali baru rendam semalaman, esok basuh 3-4 kali baru masak 1 pkt dgn 3 liter air dan daun pandan 5 helai selama 1/2 jam, biar je masak sendiri dgn api sederhana , d akhir minit baru kacau sekali dah siap. biarkan sejuk ,buang daun pandan . simpan dlm bekas ,masuk dlam peti sejuk. bolih dah makan 2 sudu bancuh dgn sunquik dan minum waktu perut kosong kira 1/2 jam sebelum breakfast. 2 sudu makan sebelum tidur Ituje senang. Pantang jgn minum air berkafein (kopi /teh) dan bergas 2-3 jam sebelum dan selepas minum jelly.

Monday 18 February 2013

Pengumuman terkini!!

Rancangan Safiyya TV9,
Ahad, 24/2/13, pukul 11.00 pagi,
sila tonton beramai2..terima kasih.