Sunday 10 February 2013

Kisah Bonda Wan Mazlah Azizan Dan Group Resepi Turun Temurun Resepi Istimewa Keluarga Kita (likelikelikelikelike)

Assalamualaikum ..
Sejak bulan Septempber 2010, Bonda telah menubuhkan group yg popular dengan nama RTT ini.
Banyak peristiwa2 yg sedih, pedih dan terhiris berlaku sehingga kini.
Pernah juga bonda disihir kerana terlalu dendam dan dengki.
Di awal penubuhannya memang best sangat semua memanggil bonda dengan gelaran GB atau guru besar. setiap pagi seperti sessi persekolahan bermula. Riuh rendah dan gelak gempita.
Selepas 6 bulan berlalu, member bertambah ramai mencecah 10 ribu orang kerana bonda telah berkorban wangringgit dan masa, bertemu member2 Fb dan telah memberikan buku resepi percuma kepada yang telah menambah rakan2 mereka ke dalam group tersebut.
Tetapi malanmgnya ada admin2 group2 yang lain mulai cemburu dan irihati, ramai yg telah membuat status di merata tempat mengatakan cara bonda menarik org ke group adalah cara yg tidak betul, menghasut dan macam2 lagi.

Bonda tidak pernah mengalah dan mengeluh, semua perancangan diatur utk memberi penghargaan kepada penyumbang2 resepi ke group RTT tersebut. Pada masa itu bonda seorang sahajalah admin yang mengendalikan group tersebut. Tetapi oleh kerana rakan2 di dalam group itu merasakan seperti sumbangannya tidak dihargai dan merasakan dia boleh membuat groupnya sendiri, lalu ramailah yg telah membuka group2 masing2. Ramai yang menuduh, mengutuk dan mengkritik bonda.

Setelah 2 minggu bonda menanggung sakit kerana disihir, tetap bangun dan merangka satu tema baru untuk RTT iaitu "RTT bukan sahaja tempat Share Resepi malah lebih kepada Biz dan Charity"
Oleh kerana utk tidak menyerupai group2 masakan yang lain, bonda telah memikirkan cara yg lebih menafaat memandangkan lebih ramai ahli yang telah meningkat masuk sehingga mencecah ke angka 20k pada masa itu. Terbit lagi kontroversi demi kontroversi yang menyakitkan hati oleh org2 yang tidak pernah mahu faham tentang apa yang sedang bonda usahakan.

Bonda pernah menganjurkan beberapa event tetapi tidak ada yang sudi join. lalu bonda telah beralih arah kepada rumah anak2 yatim sebagai tempat utk membuat event2. Oleh kerana tujuan Charity memerlukan dana, bonda telah membuka peluang kepada peniaga supaya beriklan di dalam group yang ada potensi besar utk mendapatkan pelanggan. kpd yang sukakan biz mulai mendaftar untuk beriklan di wall RTT walaupun terpaksa membayar RM50.00 setiap orang.

Alhamdulillah dengan wang itu, bonda telah membuat beberapa event di rumah2 anak2 yatim, melawat orang tua yang sakit dengan membeli keperluan2 mereka yang memerlukan itu.
Sebaik sahaja bonda telah menukar tema RTT, bonda telah mendapat Idea untuk menubuhkan FB Chef anda Charity Club With Smile. Di wall ini akan dishare semula resepi2 yang ada di dalam RTT dengan membuat album2 mengikut menu supaya mememudahkan lagi pengunjung. Tetapi apabila kontroversi melanda RTT ianya juga sedikit sebanyak akan terkena tempias di FB Chef.

Bonda tetap berusaha keras untuk memajukan lagi RTT, sehingga pada jan 2013, artikal dan resepi bonda selaku pongasas RTT dan FB Chef telah keluar dalam Majalah Aroma. Dan sekali lagi kontroversi tercetus. Bonda tidak faham dan tidak tahu kenapa. Sudah letih memikirkan hal2 kontroversi ini.
Jika dahulu bonda boleh berlembut lagi, tetapi sekarang semakin banyak tugas yang perlu diselesaikan dan banyak kerja yg hendak dibuat, bonda sudah hilang kesabaran. Tona dan nada bahasa sudah mulai tinggi. maklumlah semakin berat terbeban dek member yg pelbagai ragam yang telah mencecah 31k.

Sekali lagi kontroversi tercetus apabila mereka mendapat tahu RTT dengan tema Charity telah dilamar TV9 untuk rancangan Safiyya yang akan di tayangkan pada hari ahad 24/2/13. Pukul 6.00 petang dan ulangannya pada pukul 9.00 malam. Jika anda tidak sempat untuk menontonnya silalah mencarinya di Youtube.

Begitulah, tetapi bonda tidak pernah putusasa. walaupun bonda sudah patah hati untuk bersiaran di dalam RTT kerana kebanyakannya hanya mahukan laman yg santai tanpa pengisian dan juga hanya ingin mengambil kesempatan untuk share resepi sahaja. Jadi bonda hanya berdiam diri serta menyiapkan kerja sendiri dengan menulis dan terus menulis. Semoga dalam tahun ini atau awal tahun depan novel pertama tulisan bonda yang bertajuk Darjat Kasih dapat diterbitkan. Bonda juga akan mengikuti kursus penulisan skrip drama utk tujuan kerjaya. Dan bonda sekali2 tidak suka melayan org2 yang berfikiran negatif. Wassalam

http://ilham.karangkraf.com/
*sila klik di sini untuk menhayati eNovel darjat kasih. TQ

No comments: