Sunday 10 February 2013

Org Melayu Yg tidak Tahu Guna Kemudahan FB. Selalu membuat tindakan Bodoh!

Kepada yang mempunyai banyak aktiviti dan perancangan dalam hidupnya akan terasa masa 24 jam tidak cukup untuknya. Tatapi kepada yang tidak produktif selalu merasa bosan dan cuba menganggu ketenteraman orang lain. Membuat fitnah, gossip dan mengumpat. Cuba fikirkan sesuatu perkara yang menjadikan hobi menarik untuk diri sendiri dari tiga perkara di atas yang akan merosakkan diri sendiri. Sikap irihati, melihat kelebihan yang ada pada orang lain sangat merugikan diri sendiri kecuali kita mencari jalan supaya kita juga dapat mencapai impian kita. Di Fb umpamanya adalah satu cara yang terbaik dan mudah untuk anda menonjolkan diri serta mencari kemajuan. Rata-rata jika kita bijak mencari rakan-rakan yang positif, Insyaallah kita akan dibantu kearah apa yang kita ingini. Jangan fikir kita sudah tua, atau kita ini miskin, atau kita ini tidak berpelajaran tinggi, kerana di dalam FB ini orang tidak akan tahu siapa anda sekiranya anda tidak memberitahunya. Jadi janganlah kita selalu merendahkan diri. Tidak mahu bergaul, tidak mahu bertanya dan tidak mahu belajar. Kita yang akan rugi!

No comments: